Friday, January 8, 2010

Kekasih(s) Ku

Kekasih 1

Aku berkenalan dengan dia semasa aku masih lagi menuntut di UiTM. Kalau tidak silap pada awal tahun 2005. Memang sudah lama aku menginginkan dia. Tetapi terasa diri ini tidak mampu. Siapalah diri ini. Tapi hati ini sudah tak dapat ditahan lagi. Setiap hari melihat orang lain begembira dengan teman masing-masing… terasa sunyi pula dihati ini. Jadi aku nekad. Walau apa pun yang terjadi aku tetap nakkan dia juga.

Atas pertolongan kawan2, akhirnya aku dapat juga memiliki dia. Terasa sungguh bahagia dunia ini. Pertama kali aku mendapat teman istimewa. Memang dialah segalanya bagiku. Siang malam kami berdua memang tidak pernah berjauhan. Setiap hari bertentang mata. Memang utuh ikatan kami berdua.

Hubungan kami berterusan sehinggalah aku tamat pengajian. Tanpa rela melepaskan nya, aku membawanya pulang berjumpa ibu bapa. Aku bersyukur kerana ibu bapaku menerima dia seadanya.

Namun, ku sangkakan langit akan cerah sampai ke petang, tetapi hujan pula ditengahari. Setelah 4 tahun bersama, akhirnya ikatan kami terlerai. Pada tahun 2008 aku menyambung semula pelajaranku di semenanjung. Jadi terpaksa la kami berpisah. Sememangnya hubungan jarak jauh ini banyak dugaannya. Dia di Sarawak manakala aku pula di Kuala Lumpur. Aku tidak menyalahkan dia. Sebenarnya aku yang bersalah. Aku yang curang pada dia. Hati mana yang tidak sepi di kotaraya besar ini. Aku jatuh cinta pada orang lain. Aku tahu dia kecewa. Tapi apakan daya.

Kekasih 2

Aku bertemu dengan teman baru “A” di Kuala Lumpur. Sebulan selepas aku sampai. Betapa mudahnya aku beralih hati. Mungkin disebabkan dia lebih cantik… dan paling utama pada masa itu aku perlukan teman untuk menghilangkan kesunyian. Seperti biasa lah bila hati dah sayang, segala-galanya untuk dia. Kemana pun pergi tetap bersama. Semenjak ada dia hidup ini kembali ceria.

Kekasih 3

Tetapi memang naluri seorang lelaki suka kan benda yang cantik. Dan sebagai manusia aku tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tanpa pengetahuan “A” aku menjalinkan hubungan pula dengan “B”. Tapi ini bukanlah salah aku. Dia yang menggoda aku dahulu. Lelaki mana yang tahan digoda? Dia sudah tahu aku mempunyai orang lain tapi dia tak kisah. Semenjak bersama “B” si “A” semakin aku abaikan. Akhirnya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. “A” merajuk dengan aku dan minta putuskan hubungan. Tapi aku taknak. Aku sangat saying kan dia. Aku juga berterus terang mengatakankan aku juga sayangkan “B”. Aku taknak kehilangan kedua-duanya.

Sesungguhnya aku rela membahagikan kasih kepada kedua-duanya. Dan yang paling mengembirakan kedua-duanya juga rela bermadu. Oh terasa dunia ini aku yang punya….
Sehingga sekarang kedua-duanya masih bersamaku. Aku “guna” secara bergilir-gilir… Dan kalau ada rezeki di masa depan… akan ku cari yang lain.. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA HAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Korang ingat aku ni ape? PLAYBOY??? BUAYA?? Anda silap HAHAHAHAHAHA


Kekasih 1


Kekasih 2, Acer


Kekasih baru, Compaq

3 comments:

  1. hahahaha...dahsyat kau bro...3 org kekasih...jatuh cinta lagi..lagi lagi ku jatuh cinta...hahahaha...
    -greg-

    ReplyDelete